Cara Tempahan & Pembayaran


Sila sms @ hubungi kami  019-5810120 atau e-mail : aljahcollection@gmail.com order anda bagi pengesahan stok.


Sebaik menerima pesanan anda, kami akan menyemak stok produk dan akan memberikan pengesahan kepada anda melalui email atau SMS. Anda hanya boleh membuat pembayaran selepas menerima pengesahan tempahan daripada kami. Ini adalah bagi memastikan tidak berlaku tempahan bertindih, atau kehabisan stok dan sebagainya.


Jumlah sebenar yang perlu dibayar termasuk kos penghantaran/pengeposan akan dimaklumkan bersama pengesahan tempahan. Ini adalah untuk memudahkan anda mengetahui jumlah sebenar yang perlu dibayar bagi melancarkan urusniaga dan proses penghantaran.


Selepas anda menerima pengesahan dari kami, tempahan anda akan disimpan untuk tempoh dua (2) hari sahaja. Sekiranya tiada bayaran dalam tempoh tersebut maka tempahan dianggap terbatal dan kami akan membuka semula produk tersebut untuk jualan.


Anda bolehlah membuat pembayaran ke akaun kami atas nama ALHONSUS BIN SAIMON, MAYBANK NO : 110050093998


Setelah membuat bayaran sila sms nama, alamat, pesanan dan jumlah bayaran anda ke No 019-5810120.


Barang yang  anda order akan dihantar dalam masa 1-3 hari setelah bayaran diterima.



Tracking number akan diberikan untuk rujukan/menjejaki item anda.

Kami sedia memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Terima kasih diatas sokongan anda.